Nukilan Kosong !
Annyeong !

~Yoboseyoo ^^ ! tekan sini! sini!~



My Post :) saya..?? Linkies
Assalamualaikum hai saya Irdina Husna :D Selamat Datang . Do Follow my blog ya!


pot pet pot pet >.<



Boleh Saya Bantu..? :))






" wmode="transparent" type="application/x-shockwave-flash" quality="high" title="jun sung ah - christina peri - a thousand year (violin)@fullmusik" width="180" height="70">

Johor Aku Datang !

Assalammualaikum~
annyeonggg!

yeeaargghhh,, im coming home im coming home~ y ni la xhabes habes ak nyanyi kan bila ak menapak kan kaki aku kt depan pagar umah aku! yeeaarrghh!

Rindu nye lahai dgn rumah aku ni walaupun bru 4 hri jek tgal kan~hehe...what! tinggal ?

ok, ok, act ak balik johor~~~balik rumah sedara sebelah mak aku...kemain mak ak bila bejumpa beradik dia, haa,, speaking javanese bak hianggg! >.<

ak seronok tgok dia dpt jumpa kakak n adek dia kt sana...seronok nau dia, yelah, mak nye dah xde, dah tu susah jugak nak balik ke Johor tu haa...sebab nya, jauh tu...jauh kot...jauh gilaa! T.T berjam jam ak ats kereta...aaiisshh!  (mana tak jauh kedah ke johor kot! )

paling ak suka, ak boleh berkumpul dgn kakak kakak kesayangan aku yg  aku susah na jumpa sbb masing2 sibuk dgn karier masing2 sebagai isteri, pelajar dn jugak engineer...puii~ haha !

dlm sibuk sibuk diorg neyh, sempat jugak dia membahagiakan mak aku neyh..bagus betul kakak kakak aku neyh..sayang ak ke diorg neyh mcm ak syg ke dompet diorg..ekekkekeke :D

seronok sgt! hepy sgt! dah lama xrsa kumpul d Johor dgn sedara kt sana, yelah sejak embah dah xde, raya pn dh xbalik sana, raya kedah jek...dgn anak2 mak ni sibuk belaja, kerja, lagi lah...last2 ad jugak kesempatan nya pada tahun nie...balik sana pn masa sepupu kawen, mmg xrsa moment msa tu, sbb sibuk dgn kenduri jek..feel dia xsama oke, xsama~hehe XD

pepun, alhamdulillah, pejalanan pergi dan balik selamat...syukur, syukron!

ada rezeki kami sampai lagi...in shaa Allah :)









Aku dan kita yang Baru :')

salam.. annyeong~!!   ^^
setelah sekian lama ak tak menulis d blog ni, tetiba hari ni, hati ak terdetik na menulis walaupun  ak tak tahu ak na menulis ap sebenarnya..hehe

 Blog ni  wujud pn sebab lec ak y suruh wujud kan, sebab tu lah wujud..ekekeke.. xpe, xpe, alang alang dah ad, boleh kot ak na buat onar kt sni bila ak bosan..hehe

Act, mcm2 jadi sepanjang ak xmenulis kat sini, kalau ak na tulis semuanya memang naik bosan jugak lah org nak membaca nya kan,,, aku skrg lebih aktif kt twitter..merapu ke sana ke mari sorang2..dalam duk merapu sempat jugak ak jatuh cinta..biasa lah bila dah menjanda neyh, gatal nya lain dri ank dara,,kuikuikui

oke, berbalik pada tajuk kita, 'Aku yang Baru' ----> 'aku dan kita yang baru'

yes,, im the new husna..husna yang kuat, husna yang positif, husna yang cekal, husna yang husna~haha
kalau aku na cerita semua memang aku boleh naik koma la kan kt depan laptop nie,,
title ni wujud setelah ad 1 kejadian y cukup menyakitkan aku terjadi..ini sume berkisar tentang penipuan..penipuan y disangka akn membawa kebaikan, tapi 'kau' silap, itu cuma membawa kesakitan..

kdg2...manusia nie, bila dia xna dgn kita, dia akn ckp lah, ad some1 better y lebih layak utk kita,, blablabla...kalau dh xna, just ckp xna, xyah na ayat tapis ke hapee...  *ye aku tengah cakap pasal cinta dan perasaan niyh*

korang kene tahu, lelaki ni bila dia ta nak ke kita, dia akan ckp, kita y xna ke dia...haaa, konsep tolak kau aku di apply...ni abg alex ak ckp...


lagi 1, korang kene paham, bila lelaki cakap dia xbesedia utk 1 hub y panjang adalah sumting yang korang xbuleh na pegang jugak, sbb kalau xbesedia mana kan buleh bermain cinta dgn betina lain kan...kemonn laa,, ckp tu bagi ad betul skit..~

lelaki ni, mulamula, memang sweet bila dia nak, semua ayat2 manis dia akan dia import keluar dri kilang 'sweet words' dia..jagajaga~  :P   maaf maaf jangan bashhh saya! puuii choii

sanggup redah lautan api kata nya,  seribu tahun pun mampu dia tunggu, sanggup menggenggam bara api..kata mereka2 y xberapa na lelaki lah...kalau deme deme ni betui2 lelaki deme deme xkan kata gini..

lelaki yang sejati, kalau dia memang suka kan seorang perempuan dan berniat utk menjadikan gadis tu sbgai isteri dia xkan sentuh gadis tuh! xkan dia kecewa kan gadis tu! xkan dia permainkan perasaan gadis tu..ini baru lelaki sejati...dia akan jaga gadis tu, kehormatan gadis tu..bukan nya mengambil kesempatan ke ats gadis itu...

apa yang ak tulis niyh cuma perkara2 y sering jdik dlm kalangan bebudak skrg y duk kapel suuwiiit suwiit tu~  mula mula memang suwit lama lama keluar cirit~seyes xmuhong~!!

buat masa skrg, adk adk y duk sekolah lagi tu, xpayah la, no need la adek adek oii na cintan cintun...bukan masa nya lagi..lagi pun xkemana pun...pecaya la cakap gua, sbb gua penah lalui...kahkahkah!

xpayah na post bebukan kt fb, ' i miss you, napa awk x on9 lagi'  ,  'awak taw x saya sayang awk sorang',  'saya xbuleh hidup tanpa awak' ....kemon laaa,, mende nie weyh,, geli siaakkkk

kesian ke mak ayh tu haa,, diorg pun nak gak kita kita ni post rndu ke diorg, sayang ke diorg, xbule hdup tnpa diorg,,tp berapa kerat sgt la y buat gitu dakkk? xpe, masih banyak masa utk pebaiki diri kita kita ni..no body perfect...kene ingt tu :)

-irdinahusna 2012-


ANALISIS WATAK UTAMA - THE SPY NEXT DOOR

THE SPY NEXT DOOR

WATAK UTAMA : BOB HO (JACKIE CHAN)
Bob merupakan seorang perisik rahsia CIA. Dia merupakan seorang lelaki beketurunan Cina yang menjalinkan hubungan cinta bersama seorang ibu kepada tiga orang anak, Gillian.

BIJAK
Bob merupakan seorang lelaki yang bijak dalam mengendalikan suatu situasi. Dia pandai dalam mengadaptasi dirinya ke dalam situasi yang baru. Sebagai contoh, Bob telah diberi amanah oleh kekasihnya untuk menjaga 3 orang anak nya, Farren, Ian dan Nora. Mereka ini adalah kanak-kanak yang nakal dan nakal. Mereka juga agak kurang menyenangi hubungan ibu mereka bersama Bob. Bob telah menggunakan pelbagai cara untuk menghadapi kerenah anak-anak itu dengan pelbagai idea bijaknya.

PANDAI MENGAWAL EMOSI
Bob dalam mengawal emosinya. Walaupun perlu merahsiakan identitinya sebagai agen penyiasat dia mampu menggalas beberapa tanggungjawab lain seperti mengambil tugas Gillian menjaga anak-anaknya. Dia mampu mengawal emosinya apabila mengetahui Ian, telah memuat turun fail rahsia milik penjenayah Rusia yang mempunyai rancangan jahat terhadap penduduk dunia. Dia bijak mengawal emosinya dan merancang satu idea baru bagi mengelakkan anak-anak Gillian berada dalam bahaya. Namun, apabila segala rahsianya telah terbongkar, Bob hanya mampu melepaskan segala yang telah menjadi pelengkap hidupnya. Gillian memarahinya kerana tidak berlaku jujur mengenai kerjayanya sebagai perisik dan memberi amaran kepada Bob agar menjauhkan diri daripada anak-anaknya.

Bob juga masih boleh mengawal emosinya apabila mengetahui rakan sekerjanya, Padlock, telah mengkhianatnya secara rahsia. Bob hanya mampu bersabar dan bertindak serta berfikir dengan lebih bijak bagi mengelakkan dirinya ditipu lagi

PENYAYANG
Bob seorang lelaki yang penuh dengan sikap kebapaan. Bob sangat menyayangi anak-anak Gillian walaupun anak-anak itu kurang menyenangi hubungan mereka. Bob bijak dan bersifat terbuka dalam menangani situasi tersebut. Perasaan sayangnya terhadap Gillian dan anak-anaknya jelas tergambar ketika mereka diserang sekumpulan penjenayah Rusia di rumah Gillian.




THE SPY NEXT DOOR :DD

THE SPY NEXT DOOR! :DD
HE WAS A GREAT GUY! ENJOY IT  >.<