Annyeong ! Assalamualaikum hai saya Irdina Husna :D Selamat Datang . Do Follow my blog ya! pot pet pot pet >.< Boleh Saya Bantu..? :)) " wmode="transparent" type="application/x-shockwave-flash" quality="high" title="jun sung ah - christina peri - a thousand year (violin)@fullmusik" width="180" height="70">
| ANALISIS WATAK UTAMA - THE SPY NEXT DOOR THE SPY NEXT DOOR WATAK UTAMA : BOB HO (JACKIE CHAN) Bob merupakan seorang perisik rahsia CIA. Dia merupakan seorang lelaki beketurunan Cina yang menjalinkan hubungan cinta bersama seorang ibu kepada tiga orang anak, Gillian. BIJAK Bob merupakan seorang lelaki yang bijak dalam mengendalikan suatu situasi. Dia pandai dalam mengadaptasi dirinya ke dalam situasi yang baru. Sebagai contoh, Bob telah diberi amanah oleh kekasihnya untuk menjaga 3 orang anak nya, Farren, Ian dan Nora. Mereka ini adalah kanak-kanak yang nakal dan nakal. Mereka juga agak kurang menyenangi hubungan ibu mereka bersama Bob. Bob telah menggunakan pelbagai cara untuk menghadapi kerenah anak-anak itu dengan pelbagai idea bijaknya. PANDAI MENGAWAL EMOSI Bob dalam mengawal emosinya. Walaupun perlu merahsiakan identitinya sebagai agen penyiasat dia mampu menggalas beberapa tanggungjawab lain seperti mengambil tugas Gillian menjaga anak-anaknya. Dia mampu mengawal emosinya apabila mengetahui Ian, telah memuat turun fail rahsia milik penjenayah Rusia yang mempunyai rancangan jahat terhadap penduduk dunia. Dia bijak mengawal emosinya dan merancang satu idea baru bagi mengelakkan anak-anak Gillian berada dalam bahaya. Namun, apabila segala rahsianya telah terbongkar, Bob hanya mampu melepaskan segala yang telah menjadi pelengkap hidupnya. Gillian memarahinya kerana tidak berlaku jujur mengenai kerjayanya sebagai perisik dan memberi amaran kepada Bob agar menjauhkan diri daripada anak-anaknya. Bob juga masih boleh mengawal emosinya apabila mengetahui rakan sekerjanya, Padlock, telah mengkhianatnya secara rahsia. Bob hanya mampu bersabar dan bertindak serta berfikir dengan lebih bijak bagi mengelakkan dirinya ditipu lagi PENYAYANG Bob seorang lelaki yang penuh dengan sikap kebapaan. Bob sangat menyayangi anak-anak Gillian walaupun anak-anak itu kurang menyenangi hubungan mereka. Bob bijak dan bersifat terbuka dalam menangani situasi tersebut. Perasaan sayangnya terhadap Gillian dan anak-anaknya jelas tergambar ketika mereka diserang sekumpulan penjenayah Rusia di rumah Gillian. |