Annyeong ! Assalamualaikum hai saya Irdina Husna :D Selamat Datang . Do Follow my blog ya! pot pet pot pet >.< Boleh Saya Bantu..? :)) " wmode="transparent" type="application/x-shockwave-flash" quality="high" title="jun sung ah - christina peri - a thousand year (violin)@fullmusik" width="180" height="70">
| KECERDASAN PELBAGAI :) APA ITU KECERDASAN? · Menurut Piaget (1950), kecerdasan adalah kebolehan individu berfikir atau menaakul dalam usahanya menyesuaikan diri dengan persekitaran. · Weschler (1975) pula berpendapat kecerdasan ialah kebolehan seseorang individu memahami alam sekitar, dirinya dan kepakaran yang dimiliki untuk membantu dirinya menghadapi cabaran hidup. KECERDASAN PELBAGAI · Teori kecerdasan pelbagai ini telah diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada tahun 1983. · Beliau merupakan seorang lelaki berketurunan Jerman dan juga seorang penulis buku dan telah menulis beratus artikal. · Beliau ada menyatakan bahawa kecerdasan bukanlah sesuatu yang boleh diwarisi. Sebagai contoh, sekiranya sepasang suami isteri mempunyai ukuran IQ yang bodoh tidak semestinya mereka akan melahirkan anak-anak yang mempunyai ukuran IQ yang bodoh juga. · Hal ini terbukti kerana terdapat satu kajian yang telah dijalankan terhadap kanak-kanak istimewa (lemah daya ingatan), terdapat dalam kalangan mereka yang dilahirkan oleh ibu bapa yang professional. · Dr. Roger Sperry juga ada menyatakan beberapa pendapatnya mengenai konsep kecerdasan pelbagai. Beliau menyatakan bahawa kecerdasan pelbagai adalah kemahiran seseorang individu dalam menyelesaikan masalah sebenar dalam kehidupan seharian. Selain itu, menurut beliau juga kecerdasan pelbagai juga membawa maksud kebolehan seseorang individu mencipta suatu barang atau perkhidmatan baru yang bernilai dan berpotensi untuk mencari masalah baru bagi memperoleh satu pengalaman atau pengetahuan baru. PRINSIP-PRINSIP KECERDASAN PELBAGAI · Terdapat pelbagai kecerdasan dalam diri setiap individu. · Mempunyai campuran kecerdasan yang unik dan beubah. · Kecerdasan setiap individu adalah berbeza. · Kecerdasan juga bersifat dinamik. · Latar belakang peribadi juga adalahpenting dalam membentuk pengetahuan, kepercayaan dan kemahiran dalam semua kecerdasan. KECERDASAN VERBAL LINGUISTIK Seseorang yang cenderung dalam kategori kecerdasan ini berfikir menggunakan perkataan untuk menyampaikan sesuatu secara berkesan dalam bentuk lisan atau penulisan. Mereka lebih suka menggunakan bahasa bagi melahirkan perasaan dan pendapat serta suka kepada makna yang lebih kompleks. Mereka dari kalangan ini juga mempunyai daya ingatan yang kuat kerana mudah mengingati sesuatu maklumat selain boleh membuatkan orang sekeliling mempercayai mereka. Mereka dari golongan ini dikatakan mempunyai kebolehan dalam mendengar, berucap,menulis, bercerita dan mengajar. Golongan ini terdiri daripada golongan yang cenderung kepada bahasa seperti penyajak, wartawan, guru, peguam, penterjemah dan sebagainya. KECERDASAN LOGIK-MATEMATIK Individu yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai kebolehan yang dominan di bahagian otak kiri yang membolehkan seseorang individu menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini juga boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan , menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap. Golongan yang mempunyai daya kecerdasan ini selalunya mempunyai kerjaya seperti saintis, jurutera, pengaturcara computer, akauntan dan sebagainya. KECERDASAN VISUAL RUANG Individu yang tergolong dalam kecerdasan ini mempunyai kebolehan membuat gambaran secara visual. Mereka mempunyai kecenderungan untuk berfikir secara visual dan perlu membuat gambaran imej untuk mengekalkan sesuatu maklumat. Mereka suka melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Golongan ini juga mempunyai kebolehan dalam menyelesaikan puzzle, membaca, menulis, melakar, mengecat, mewarna, memanipulasi imej dan sebagainya. KECERDASAN KINESTETIK Kebolehan mengunakan sebahagian atau seluruh anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Golongan ini juga lebih cekap dan cenderung dalam mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh. Mereka dari golongan ini lebih cenderung dalam melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan tubuh badan seperti menari, bersukan, gimrama, dan lain-lain. Mereka dari golongan ini juga lebih cekap dalam memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dan mental. KECERDASAN MUZIK Individu yang mempunyai kecerdasan muzik membolehkan mereka mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitarannya. Individu dari golongan ini dapat menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik. Selain itu, individu yang cenderung kepada kecerdasan ini juga mempunyai kebolehan dalam mengubah rentak dan tempo muzik dengan mudah. Mereka ini terdiri daripada mereka yang berjaya sebagai pemuzik, penyanyi, pengubah lagu, pemain alat muzik dan sebagainya. KECERDASAN INTARPERSONAL Individu dari golongan ini mempunyai kebolehan mengenali diri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri. Individu yang cenderung kepada kecerdasan jenis ini juga lebih pandai dalam menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh boleh berdikari. Mereka dari golongan ini selalunya mempunyai kerjaya dalam bidang falsafah, kajian, teori dan sebagainya. KECERDASAN INTERPERSONAL Kecerdasan interpersonal ini membolehkan seseorang individu memahami perasaan, motivasi, tabiat, serta hasrat individu lain. Individu dari golongan ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Mereka dari golongan ini juga dapat memberi motivasi kepada orang lain. Individu dari golongan terdiri daripada mereka yang berkerjaya sebagai kaunselor, jurujual, ahli politik dan sebagainya. KECERDASAN NATURALISASI Mereka yang terdiri dari golongan ini terdiri daripada mereka yang merupakan pencinta alam sekitar yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora dan fauna dan galian dengan mudah. Individu jenis ini juga lebih banyak menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Mereka daripada golongan ini juga merupakan individu yang sensitive kepada alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan kehidupan flora dan fauna. |